suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takziah... Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meninggal dunia

Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia sebentar tadi ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu. The Star/Mohd Shahar Misni

AHLI Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia sebentar tadi, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.

Vui Keong menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 11.40 pagi Jumaat, ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu.

Bekas menteri undang-undang itu pada mulanya dirawat kerana masalah 'slip disc' sebelum penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada 12 September lalu.

Namun difahamkan beliau kemudian mendapat jangkitan paru-paru.

Vui Keong merupakan pengarah jentera pilihan raya Warisan Plus bagi PRN Sabah.

Beliau juga merupakan Pengerusi Tetap Warisan dan juga bekas menteri undang-undang ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH). - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia