suria

Malaysia catat 101 kes, 17 kes ada sejarah pulang dari Sabah... 4 kluster baharu dikesan

Malaysia mencatatkan 101 kes positif Covid-19 pada Selasa. Foto: Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 101 kes baharu, menjadikan keseluruhan 11,135 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 meningkat kepada 1,062 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 101 kes baharu yang telah dilaporkan, 97 merupakan penularan tempatan melibatkan 93 warganegara dan 4 bukan warganegara dan selebihnya empat kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 115 kes baharu, 11 individu disahkan positif Covid-19 ada sejarah perjalanan ke Sabah

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 17 kes tempatan hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah iaitu negeri berisiko tinggi, masing-masing Selangor (9), Kuala Lumpur (1), Kelantan (1), Kedah (1), Melaka (1), Perak (1), Pulau Pinang (1), Perlis (1) dan Putrajaya (1),

Menurut Dr Noor Hisham tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 134 kematian.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 134 kes," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selasa petang.

Sehingga hari ini, 50 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,939 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 13 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau juga memaklumkan empat kluster baharu dikenalpasti pada Selasa iaitu Kluster Jalan Bomba, Sandakan (3 kes); Kluster Jalan Utara, Sandakan (2 kes); Kluster Benteng PK, Selangor (1 kes) dan Kluster Bakawali, Johor (2 kes).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sabah, Covid-19, KKM

Artikel Lain