suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hajiji angkat sumpah Ketua Menteri Sabah ke-16

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

KETUA Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di Istana Negeri, Kota Kinabalu pada 10.30 pagi, Selasa.

Berusia 65 tahun, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipilih jadi Ketua Menteri baharu Sabah

Dalam majlis sama, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mengangkat sumpah Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Timbalan ketua menteri lain yang mengangkat sumpah termasuk presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang kini juga Menteri Pertanian dan Perikanan, dan naib presiden PBS, Datuk Dr Joachim Gunsalam, yang juga sekarang Menteri Pembangunan Perindustrian. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain