KKM umum 1 kluster baharu di Selangor, pesakit positif Covid-19 ada sejarah perjalanan ke Sabah

Enam daripada kes Selangor dikaitkan dengan kluster baharu, yang digelar oleh KKM sebagai kluster Jalan Apas.

SEBANYAK 11 kes Covid-19 pada Isnin mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Demikian kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada Isnin petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 4 daerah di Sabah jalani PKPD Bersasar sehingga 12 Oktober depan

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 115 kes baharu, 11 individu disahkan positif Covid-19 ada sejarah perjalanan ke Sabah

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 10 kes tersebut dikesan di Selangor manakala satu lagi dikesan di Terengganu.

Enam daripada kes Selangor dikaitkan dengan kluster baharu yang digelar oleh KKM sebagai kluster Jalan Apas.

Kata Dr Noor Hisham, dua kes indeks kluster tersebut adalah suami, 26, dan isteri, 24, yang telah pergi ke Tawau dan Semporna dari 13 September hingga 16 September.

"Kedua-dua kes indeks mempunyai gejala demam, batuk dan selesema pada 18 September dan mereka mendapatkan rawatan pada 19 September. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang pada 24 September.

"Mereka positif untuk Covid-19 pada 26 September dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh," kata Dr Noor Hisham.

Pemeriksaan ke atas 66 individu yang merupakan kontak rapat suami isteri menemui enam lagi kes baharu, berusia antara 13 dan 60 tahun.

"56 individu lain disahkan negatif sementara dua yang lain masih menunggu keputusan ujian mereka," kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, Sabah sekali lagi mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 tertinggi, dengan 98 daripada 115 kes baharu di negara ini pada hari Isnin.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar pentadbiran dilaksana di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna mulai tengah malam ini. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain