Covid-19: 4 daerah di Sabah jalani PKPD Bersasar sehingga 12 Oktober depan

Semua pintu masuk dan keluar di kawasan itu juga akan ditutup sepanjang tempoh berkenaan.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar pentadbiran dilaksana di Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna mulai tengah malam ini.

Demikian kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Keputusan laksana TEMCO di Sabah akan diputuskan hari ini

PKPD Bersasar yang dikuatkuasakan sehingga 12 Oktober ini melibatkan 962,661 penduduk.

Sepanjang tempoh 14 hari, penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan.

"Penduduk luar dan pelawat juga tidak dibenarkan masuk ke empat daerah ini dalam tempoh berkenaan.

"Semua aktiviti perniagaan akan dihentikan melainkan perkhidmatan penting dan barangan keperluan penting sahaja," ujarnya.

Malah, satu pangkalan perubatan juga akan disediakan dan semua pintu masuk serta keluar akan ditutup. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain