suria

Malaysia catat 115 kes baharu, 11 individu disahkan positif Covid-19 ada sejarah perjalanan ke Sabah

Malaysia merekodkan 115 kes positif Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 115 kes baharu, menjadikan keseluruhan 11,034 kes setakat Isnin.

Daripada 115 kes baharu yang telah dilaporkan, 112 merupakan penularan tempatan melibatkan 98 warganegara dan 14 bukan warganegara dan selebihnya tiga kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 4 daerah di Sabah jalani PKPD Bersasar sehingga 12 Oktober depan

Perincian kes meliputi Sabah dengan 98 pesakit positif diikuti Selangor (11 kes), Terengganu (1) dan Kedah (1). 11 daripada kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 134 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 134 kes," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Isnin petang.

Sehingga hari ini, 54 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 9,889 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lapan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain