suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemimpin Pakatan bertemu buat pertama kali selepas Anwar dakwa peroleh majoriti bentuk kerajaan baharu

Anwar pada Rabu lalu Anwar mendakwa sudah mendapat majoriti kukuh untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

PEMIMPIN tertinggi Pakatan Harapan bertemu di ibu pejabat PKR pada Isnin, kali pertama selepas Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah mendapat majoriti kukuh untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak mendedahkan perincian mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu dengan mengatakan bahawa mereka "hanya mengadakan pertemuan bulanan Pakatan mereka".

ARTIKEL BERKAITAN: Poster majlis angkat sumpah, ucap tahniah kepada Anwar disahkan palsu

Antara yang hadir termasuklah Anwar, presiden Amanah Mohamad Sabu, timbalan pengerusi DAP Gobind Singh Deo, pengarah strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, naib pengerusi DAP M. Kulasegaran, dan pengarah komunikasi strategik PKR Fahmi Fadzil.

Rabu lalu, Anwar menerusi sidang media tergempar mendakwa sudah mendapat majoriti kukuh untuk membentuk sebuah kerajaan baharu.

Namun, dia enggan mendedahkan jumlah itu dan mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terlebih dahulu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain