suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Poster majlis angkat sumpah, ucap tahniah kepada Anwar disahkan palsu

Poster palsu yang disebarkan disahkan palsu.

SEKEPING poster ucapan tahniah berhubung majlis angkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kesembilan disahkan palsu.

Menurut setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukir Razab, logo yang digunakan dalam poster berkenaan juga disahkan palsu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan kerajaan pintu belakang” - Anwar umum peroleh majoriti kukuh ahli parlimen, layak jadi PM

"AMK menggesa semua pihak untuk tidak berkongsi poster yang mungkin dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengganggu proses peralihan Kerajaan Persekutuan yang sedang berlangsung," ujarnya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Menerusi keterangan poster itu, Anwar didakwa akan mengangkat sumpah di Istana Negara pada 10 pagi, Ahad.

Anwar pada Rabu menerusi sidang media tergempar mendakwa memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk sebuah kerajaan baharu. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain