suria

Malaysia catat 71 kes Covid-19, Sabah rekod pesakit paling tinggi

Malaysia catat 71 kes Covid-19 pada Khamis.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 71 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,576 kes setakat Khamis.

Daripada 71 kes baharu yang telah dilaporkan, 69 merupakan kes tempatan dan selebihnya merupakan kes import.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes baharu Covid-19 kembali 3 angka, Malaysia catat 3 kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 133 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 133," ujarnya menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Sehingga hari ini, Sabah kekal tertinggi dengan merekodkan 63 kes, antaranya 10 di Kluster Laut dan 47 di Kluster Bangau-Bangau.

Kedah merekodkan empat kes, manakala Selangor, tiga kes pada hari ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain