suria

Kes baharu Covid-19 kembali 3 angka, Malaysia catat 3 kematian

Pesakit Covid-19 dirawat di hospital. Gambar hiasan/Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 147 kes baharu, menjadikan keseluruhan 10,505 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 770 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 147 kes baharu yang dilaporkan, empat adalah kes import melibatkan tiga warganegara dan seorang bukan warnanegara yang pulang dari luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 82 kes Covid-19 pada Selasa, Kluster Bangau-Bangau pula dikesan di Semporna

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 143 kes adalah penularan tempatan, terdiri daripada 119 warganegara Malaysia dan 24 bukan warganegara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 133 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 39 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 9,602 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana dua kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Udin yang dikesan di Tawau, Sabah, dengan tiga kes positif Covid-19.

"Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-9,894) adalah seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 72 tahun. Kes indeks dikesan positif Covid-19 hasil saringan warga emas yang dijalankan di Klinik Kesihatan Merotai, Tawau pada 12 September 2020.

"Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi dikesan positif Covid-19 pada 22 September 2020," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain