suria

Kongsi foto mesyuarat Kabinet, KJ kata tiada apa yang tumbang atau jatuh

Khairy membuat posting di Twitter susulan pengumuman Anwar.

HANGAT diperkatakan mengenai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk sebuah kerajaan baharu dengan matlamat membela nasib rakyat.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan menoktahkan spekulasi tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas Anwar mendakwa mempunyai majoriti.

Menerusi ciapan di laman Twitternya, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memuat naik sekeping gambar mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini bukan kerajaan pintu belakang" - Anwar umum peroleh majoriti kukuh ahli parlimen, layak jadi PM

"Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tiada apa-apa yang tumbang atau jatuh," ciapnya.



Posting Khairy di laman Twitter.

Terdahulu Anwar pada sidang akhbar tergempar mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan PN.

Ahli Parlimen Port Dickson itu bagaimanapun tidak memaklumkan jumlah sokongan ahli Parlimen diterima dengan alasan akan memaklumkan perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu. - Sinar Harian



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain