suria

McDonald's ambil tindakan undang-undang isu dakwaan palsu netizen di Twitter

McDonald's mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap isu dakwaan palsu sebagaimana yang viral di media sosial, baru-baru ini. Foto: AP

MCDONALD'S Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna Twitter dan mana-mana pihak yang menyiarkan atau menerbitkan semula artikel viral mengenai dakwaan palsu sebagaimana yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Rangkaian restoran makanan segera gergasi itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya berkata, pihaknya kini mendapatkan nasihat perundangan terhadap netizen terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis mohon maaf selepas kongsi foto ayam goreng berulat, tak pasal-pasal Mc'D kena ‘pangkah’ sekejap! - “Tak fikir ke staf boleh dibuang kerja”

Menerusi kenyataan itu juga, McDonald's Malaysia memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang cuba merosakkan jenama atau reputasinya.

"Pada era hari ini di mana setiap individu mempunyai suara dan platform media sosial, kami menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan kandungan yang dikongsi di media sosial agar tidak ada reputasi yang akan terjejas disebabkan dakwaan yang tidak berasas dan tidak sahih.

"Lebih penting lagi, usahlah menyebarkan ketakutan dan kebimbangan yang tidak wajar di kalangan netizen," demikian menurut kenyataan berkenaan.

Minggu lalu kecoh di laman Twitter apabila seorang pelayar memuat naik sekeping foto ayam goreng yang dipenuhi ulat.

Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga ramai netizen turut meluahkan rasa geli sehingga ada yang melontarkan komen negatif terhadap restoran makanan segera itu.

Namun pelayar berkenaan kemudian tampil dengan permohonan maaf secara terbuka di Twitter, dengan mengatakan tindakannya itu dilakukan secara melulu dan tanpa usul periksa.

Dalam permohonan maaf itu, pelayar tersebut menjelaskan bahawa ayam goreng tersebut dibeli dan disimpan di rumahnya beberapa hari sebelum itu. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain