suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video viral penunggang motosikal maut terkena besi berlaku di Jakarta, bukan Klang - Polis

Polis mengesahkan kejadian membabitkan seorang penunggang motosikal seperti yang tular di media sosial berlaku di Jakarta.

DAKWAAN yang mengatakan seorang penunggang motosikal maut selepas terkena besi yang jatuh ketika melalui jalan berhampiran Klang Parade, adalah tidak benar, kata polis.

"Polis menafikan dakwaan bahawa kemalangan maut berlaku setelah besi terjatuh dari tapak pembinaan stesen LRT/MRT berhampiran Klang Parade seperti yang tular di media sosial.

"Kejadian itu sebenarnya berlaku di Jakarta, Indonesia pada 27 September," kata Ketua Polis Daerah (OCPD) Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, video kemalangan maut itu tular di aplikasi Whatsapp dan didakwa berlaku di Klang.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, ia menunjukkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai maut selepas terkena besi yang terjatuh dari atas kawasan pembinaan. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

penunggang motosikal, besi, Jakarta, Klang

Artikel Lain