suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

8 kes baharu Covid-19, semua kes jangkitan tempatan libatkan warganegara

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan lapan kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,964 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 223 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau memberitahu, daripada lapan kes baharu yang dilaporkan, tiga kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara Malaysia.

Tambah Dr Noor Hisham, kesemua kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 124 kes," katanya pada sidang media, petang Khamis.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lima kes yang telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,617 kes.

"Sehingga kini, tiga kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain