suria

Shafie Apdal umum Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal umum pembubaran DUN pada Khamis.

KEMELUT politik di Sabah menyaksikan satu episod baharu pada Khamis apabila pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, pembubaran DUN akan memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa dakwa peroleh majoriti mudah ambil alih Sabah daripada Shafie

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Terdahulu, Mohd Shafie mengadap Tun Juhar di Istana Negeri di sini dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 8.25 pagi.

Turut kelihatan kira-kira lima kenderaan dengan satu daripadanya mempunyai lambang Parti Warisan Sabah (Warisan) mengiringi kenderaan Mohd Shafie, masuk ke Istana Negeri melalui pintu di Padang Merdeka dan mereka dilihat keluar kira-kira setengah jam kemudian. - BERNAMA.

Artikel Lain