Norma baharu, segalanya digital! MPC - UiTM berjaya lancar program online ‘jejak’ bakat, idea kreatif anak muda ketika era pandemik moden

UiTM melaksanakan beberapa acara yang mendukung hasrat dalam mengembangkan lagi produktiviti dan inovasi anak muda. - Gambar Hiasan.

GENERASI muda hari ini merupakan pemimpin pada masa hadapan yang akan mencorakkan perjalanan negara kita.

Justeru, pembudayaan produktiviti dan perkongsian inovasi dalam kalangan mereka wajar dikembangkan kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Dalam usaha merealisasikan hasrat itu, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan program iPEX dan Hari Produktiviti 2020.

Timbalan Ketua Pengarah MPC, Ab Rahim Yusoff berkata usaha ini mampu memberi pendedahan mengenai pengertian sebenar produktiviti dan inovasi, lebih-lebih pada masa kini, yang mana banyak aspek kehidupan telah berubah.

"Kita sudah tidak lagi dapat mengekalkan cara yang sama dalam menempuh kehidupan seharian seperti sebelum ini.

"Sebagai individu yang produktif, ini adalah tugas kita untuk membantu komuniti menaiktaraf dan menambah baik kehidupan untuk jangka masa yang panjang.

"Ini bukan sahaja merupakan matlamat dalam bidang pendidikan, malah MPC menyambut baik program seperti ini agar produktiviti generasi muda dapat terus mencetuskan inovasi-inovasi baharu dan diketengahkan di peringkat dunia," katanya pada majlis Pelancaran iPEX dan Hari Produktiviti 2020 yang diadakan secara maya dan secara langsung pada Jumaat lalu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kualiti dan Kecemerlangan (QED), Datin Zainon Bakar.

Ia juga menjadi majlis perasmian pertama yang dibuat secara online oleh pelajar UiTM dengan kerjasama MPC melalui platform GoToWebinar dan FB Live menerusi akaun rasmi MPC sebagai satu langkah ke arah kehidupan norma baharu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kualiti dan Kecemerlangan (QED), Datin Zainon Bakar.

Sehubungan itu katanya, MPC bersama UiTM melaksanakan beberapa acara yang mendukung hasrat dalam mengembangkan lagi produktiviti dan inovasi anak muda.

Antaranya pelancaran "iPEX: Innovation, Productivity, Exposure 2020" bersama laman web iPEX iaitu satu program yang meraikan projek inovatif dan kreatif hasil idea daripada generasi muda untuk dipertandingkan semasa APIC 2020 pada November depan.

Inisiatif ini merupakan hasil dari jaringan industri di antara MPC dan FKPM, UiTM, Shah Alam. Ia melibatkan para pelajar dari bidang Perhubungan Awam dan Pengkilanan mengendali acara secara hands on melalui platfom digital.

Acara lain termasuklah Hari Produktiviti anjuran MPC sendiri, pelancaran Productivity Running Antz Game, permainan digital di laman sosial MPC.

Permainan ini dilancarkan bagi menggalakkan penyertaan semua kategori masyarakat bertujuan untuk menyebarluaskan mesej kepentingan produktiviti selain sejajar dengan usaha kerajaan dalam mendidik golongan muda ke arah pendigitalan.

Game digital di laman sosial Facebook MPC pula berkonsep mencari perkataan positif dan mengelak perkataan negatif yang boleh meningkatkan produktiviti.

Hadiah turut akan diberikan kepada pemain Running Antz sekiranya berjaya mendapatkan markah tertinggi.

Permainan Running Antz bermula 24 Julai hingga 31 Ogos 2020.

Peserta perlu mendapatkan markah atau skor lebih dari 60 (You're Productive!) sebelum melakukan ‘screenshot’ markah, post di FB dan tag @MPCHQ.

Pertandingan ini dijalankan selama sebulan dan kempen bermula dari 24 Julai sehingga 31 Ogos 2020.

Antara lain termasuklah penyampaian hadiah 'IG Filter Short Video' di Instagram MPC iaitu satu pertandingan video pendek yang menggunakan aplikasi Instagram Filter.

Bagi yang berminat, penyertaan projek juga masih dibuka dan boleh didaftar melalui https://forms.gle/KMh7794zyA7Ayg38A.

Timbalan Dekan FKPM, Dr Suhaimee Shaahar.

Tambahnya lagi, kesemua program itu bagaimanapun dijalankan sepenuhnya menggunakan platfom digital, sejajar dengan arahan kerajaan dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Timbalan Dekan FKPM, Dr Suhaimee Shaahar berkata UiTM turut mengadaptasikan pembelajaran dalam talian untuk menggantikan pertemuan bersemuka.

"Pembelajaran dalam talian merupakan satu kemestian dalam era Revolusi Industri 4.0 untuk generasi sekarang.

"Oleh yang demikian, kita menyambut baik program yang dilancarkan bagi memberi peluang kepada para cendekiawan merealisasikan idea dan inovasi mereka dalam membantu memudahkan operasi mahupun kehidupan seharian.

UiTM Shah Alam dengan kerjasama MPC telah melancarkan program iPEX dan Hari Produktiviti 2020.

"Penuntut-penuntut ilmu tidak kira peringkat pendidikan pada hari ini dapat melihat sendiri, dan belajar daripada inovasi yang diketengahkan. Ini adalah era pandemik moden. Sains dan teknologi adalah lebih maju daripada sebelum ini, ” katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain