suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Musa dakwa peroleh majoriti mudah ambil alih Sabah daripada Shafie

Musa (dua, kanan) mendakwa memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan baharu di Sabah. Foto: The Star

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman pada Rabu mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.

Memberitahu pemberita dalam sidang media di Kota Kinabalu, Musa berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri dalam masa terdekat untuk menyerahkan akuan berkanun (SD) daripada Adun.

ARTIKEL BERKAITAN: Musa Aman atau Shafie Apdal? Mahkamah tentukan petang ini

Musa bagaimanapun tidak memberitahu jumlah majoriti mudah yang diperolehinya bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin telah bertemu dengan Juhar hari ini untuk memaklumkan mengenai gabungan baharu yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid-19.

"Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat,"katanya. - THE STAR

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sabah, Musa Aman, Shafie Apdal

Artikel Lain