suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tambah 10 lagi kes positif Covid-19, 7 jangkitan dari Arab Saudi

Malaysia catat 10 kes baharu pada Sabtu.

MALAYSIA merekodkan 10 kes positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 8,688 kes setakat Sabtu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada 10 kes tersebut, tujuh merupakan kes import membabitkan mereka yang pulang dari Arab Saudi manakala selebihnya merupakan kes penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 5 kes positif baharu, hanya 2 pesakit Covid-19 di ICU setakat Jumaat

Dimaklumkan tiada kes kematian terbaharu direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kematian sahaja.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 121 kes," ujar kenyataan itu.

Sehingga hari ini, 15 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,461 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain