Pasangan warga emas curi tumpuan mengundi di PRK Chini - “Kami bersiap seawal 7 pagi”

Para pengundi beratur menunggu giliran mengundi Pusat Mengundi di Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Felda Chini 3 di Pekan, Sabtu. Foto Bernama

PASANGAN warga emas mencuri tumpuan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, pada Sabtu.

Sedar tentang risiko wabak Covid-19, namun ia bukan halangan buat golongan warga emas di kawasan DUN Chini untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengundi wakil rakyat baharu mereka.

Antara pengundi tertua di DUN Chini, Chik Ibrahim, 97, bersama isterinya, Ramlah Abdullah, 85, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Chini 2 dekat Pekan, Pahang.

Walaupun pergerakan mereka agak terbatas disebabkan faktor usia, mereka tetap bersemangat dengan tiba pada pukul 8.45 pagi.

Chik berkata, beliau dan isterinya bergerak ke pusat mengundi berkenaan dengan kenderaan yang disediakan parti politik, yang turut menghantarnya pulang ke kediamannya di Felda Chini 2.

“Saya dan isteri sangat bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia, di mana kami telah bersiap seawal jam 7 pagi, ” katanya ketika ditemui Bernama di pusat mengundi berkenaan.

Katanya, keadaan di pusat mengundi juga sesuai bagi warga emas kerana disediakan kereta 'buggy', bagi membawa pengundi ke dalam kawasan sekolah dan kemudahan kerusi roda, selain dijalankan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung wabak Covid-19.

Seorang lagi warga emas Khaziah Hussain, 68, dari Felda Chini 2, turut bersemangat keluar mengundi pada hari ini, meskipun mengalami sakit di bahagian lutut.

“Hari ini saya datang mengundi di sini dengan dihantar oleh anak saya walaupun tidak sihat sedikit. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak membantu saya, bagi mengundi pada hari ini.

“Saya tidak berasa risau untuk keluar mengundi pada hari ini, meskipun wabak Covid-19 masih wujud kerana percaya dengan keberkesanan SOP yang dilaksanakan, ” katanya.

PRK DUN Chini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.

PRK DUN Chini, satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan, diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 7 Mei lepas akibat serangan jantung.

Ia merupakan PRK pertama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas, dengan beberapa SOP diperkenalkan termasuk saluran khusus bagi pengundi berusia 60 tahun ke atas. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain