Saifuddin turun padang lawat pawagam, bukan suka-suka tapi galak pengunjung patuhi SOP

Saifuddin (barisan empat, kanan) bersama Zakaria (barisan empat, kiri) di dalam pawagam. Foto Bernama

WAH! Menteri turun padang lawat pawagam bagi meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pengunjung.

Bagi merancakkan semula industri perfileman dan hiburan negara, rakyat digalakkan mengunjungi pawagam dan mematuhi SOP yang ditetapkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Jelasnya, pengunjung tidak perlu risau memandangkan pihak syarikat panggung wayang sedia mematuhi SOP yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan penonton dengan pelbagai kaedah seperti penjarakan sosial dan sanitasi tempat duduk.

Katanya, beliau sendiri berpuas hati dengan tahap pematuhan SOP di pawagam berdasarkan laporan yang diterima setelah tiga hari pawagam dibenarkan beroperasi sejak 1 Julai.

"Yang penting bukan hanya pempamer (syarikat) panggung wayang patuh SOP, penonton juga harus datang. Tiada gunanya panggung dibuka tapi tidak ada penonton, saya harap rakyat Malaysia menjaga kesihatan dan keselamatan... dan kita bagi sokongan kepada jaringan pembikinan filem ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat sebuah pawagam dekat Kuala Lumpur, Jumaat bagi meninjau pematuhan garis panduan sempena pembukaan semula pawagam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Saifuddin berkata, sekiranya berlaku peningkatan kes atau kemunculan kluster baharu, tindakan tegas akan diambil di kawasan terbabit, sebagai contoh, pengisytiharan kawasan kuning atau merah bagi kawasan tempat tinggal.

"Contohnya, ada kawasan pasar malam yang sebelum ini dibenarkan mula beroperasi semasa PKPP namun kerana SOP tidak dipatuhi maka majlis pembandaran mengambil tindakan tegas dengan menutup semula pasar malam itu.

Kita tak nak perkara itu berlaku di panggung wayang dan sebagainya, jadi nasihat saya ialah di satu pihak pempamer (syarikat) panggung wayang menyediakan SOP yang ketat dan kita sebagai penonton harus mengawal diri dan mengikut SOP itu, ” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, kementeriannya menyedari ramai pemain industri perfileman dan seni terkesan kerana tidak dapat beroperasi ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

“Sehubungan itu, dalam masa enam bulan ini kita akan gunakan dana yang disediakan melalui Penjana (Pakej Jana Semula Ekonomi Negara) ini serta mana-mana dana yang ada dengan sebaiknya, ” katanya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bakal menumpukan usaha bagi membantu syarikat produksi menghasilkan lebih banyak filem dan drama dalam tempoh enam bulan akan datang menerusi pinjaman mudah berjumlah RM100 juta di bawah Penjana.

Sementara itu, Saifuddin menzahirkan rasa puas hati dengan tahap pematuhan SOP kru penggambaran termasuk para pelakon, juruteknik dan jurusolek semasa melakukan lawatan kerja di set penggambaran di Taman Pudu Ulu di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid. - Bernama

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pawagam, KKMM, SOP, Saifuddin Abdullah,

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain