suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya dalam masa 2 bulan, kempen #MyVoiceMyChange berjaya capai 4,000 pendaftar

Portal UPC, salah satu platform dalam talian yang dimulakan MPC.

KEMPEN #MyVoiceMyChange yang digerakkan oleh portal Perundingan Awam Bersatu (UPC) mencapai sasarannya apabila seramai 4,000 pendaftar berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua bulan.

Kempen yang bermula dari 17 Februari hingga 19 April 2020 itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai kewujudan portal UPC serta pihak berkepentingan dengan mendaftar di portal berkenaan.

Portal UPC merupakan salah satu platform dalam talian yang telah dimulakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi mendapat maklum balas awam mengenai pindaan kepada peraturan yang sedia ada termasuk penggubalan peraturan baharu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata kempen tersebut menumpukan tiga kumpulan sasar iaitu pelajar, sektor awam dan juga swasta.

"Beberapa pendekatan telah digunakan untuk mendekati kumpulan sasaran seperti platform media sosial, pemasaran digital dan aktiviti di lapangan," katanya ketika majlis penyampaian hadiah kempen berkenaan pada Khamis.

Dalam majlis itu, pelajar Sarjana Muda Pemasaran dari Universiti Sunway, Mohamed Salman Faiz diumumkan sebagai pemenang bagi kempen tersebut dan membawa pulang Garmin Smartwatch.

Sehingga kini lebih daripada 10,000 pengguna telah berdaftar di portal UPC untuk memberikan maklum balas dan cadangan.

MPC juga telah menganjurkan lebih daripada 100 webinar yang menyaksikan penyertaan lebih daripada 30,000 peserta sehingga Mei lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

#MyVoiceMyChange, MPC, UPC

Artikel Lain