suria

Malaysia catat 5 kes positif baharu, hanya 2 pesakit Covid-19 di ICU setakat Jumaat

Malaysia catat lima kes baharu pada Jumaat.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan lima kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,648 kes setakat Jumaat.

Daripada lima kes baharu yang telah dilaporkan, tiga merupakan kes import dan selebihnya merupakan penularan tempatan yang mana kesemua kes melibatkan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkini 3 kes baharu Covid-19, kematian kekal 121 kes

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kekal 121 kes kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 121 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jumaat petang.

Sehingga hari ini, sembilan kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,446 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, dua kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan kedua-duanya memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain