suria

Terkini 3 kes baharu Covid-19, kematian kekal 121 kes

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN kes Covid-19 di Malaysia merekodkan tiga kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,643 kes setakat Khamis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah kurang daripada 100 kes iaitu 85 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada tiga kes baharu yang dilaporkan, satu kes import mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang warganegara Malaysia.

Beliau menambah, kedua-dua kes penularan dalam negara pula adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Setakat Khamis, 62 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,437 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain