suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkini 16 kes baharu Covid-19, tiada kematian dicatatkan pada Ahad

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN kes Covid-19 di Malaysia merekodkan 16 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,572 kes setakat Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 295 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Katanya, daripada 16 kes baharu yang telah dilaporkan, tiga merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Beliau menambah, daripada 13 kes penularan di dalam negara, sembilan kes adalah bukan warganegara manakala hanya empat kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Setakat Ahad, 10 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,156 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Sementara itu, Dr Noor Hisham mengesahkan tiga kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dr Noor Hisham Abdullah, kes, Covid-19,

Artikel Lain