suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya 3 kes di ICU, Malaysia catat 21 kes positif Covid-19 pada Sabtu

21 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 21 kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,556 kes setakat Sabtu.

Daripada 21 kes baharu yang telah dilaporkan, dua merupakan kes import manakala 19 lagi melibatkan penularan tempatan dengan 12 merupakan warganegara manakala tujuh bukan warganegara.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Twitternya memaklumkan tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 121 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak kekal 121 kes," katanya.

Sehingga hari ini, 76 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,146 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Sementara itu, KKM mengesahkan tiga kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain