Gambar dorm hanya pusat transit di Johor, rakyat Malaysia sudah dikuarantin di hotel – “Mungkin tak boleh balik serentak 5,000...”

Kementerian Sumber Manusia akan meminta kerjasama Singapura untuk mendapatkan senarai rakyat Malaysia yang akan pulang ke tanah air bagi memudahkan perancangan.

KERAJAAN menerusi Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dengan negara jiran, Singapura bagi mendapatkan maklumat jelas berhubung jumlah rakyat Malaysia di negara itu yang ingin pulang ke tanah air.

Menurut Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, langkah itu bagi memudahkan kerajaan merangka perancangan awal dari segi ujian saringan dan penempatan di pusat kuarantin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada perbezaan ikut darjat! Kerajaan tanggung RM150 sehari bagi setiap individu selama 14 hari dikuarantin di hotel

ARTIKEL BERKAITAN: “Polis manusia biasa” - Ismail Sabri gesa rakyat beri kerjasama semasa PKP untuk elak tindakan keras

"Kita akan berbincang dengan Singapura supaya pihak majikan melaporkan berapa ramai rakyat Malaysia akan pulang dari Singapura ke Johor.

"Kita nak dapatkan maklumat jelas berapa sebenarnya yang akan pulang. Kita minta Kementerian Sumber Manusia dengan kementerian di sana untuk dapatkan senarai yang akan pulang sebab semua yang pulang mesti mereka lapor kepada majikan.

"Tujauan senarai lengkap itu untuk kita buat perancangan, mungkin tak boleh balik serentak 5,000 contohnya... dan mana yang balik kena buat swab test untuk kita pastikan mereka benar-benar bersih dan tiada jangkitan," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut menjawab mengenai gambar yang tular kononnya rakyat Malaysia yang pulang dari Singapura hanya ditempatkan di dorm dan lokasi yang tidak sesuai.

"Lokasi yang tular itu tempat transit. Semua yang tular telah selesai kerana mereka telah dipindahkan. Macam semalam (Selasa) kononnya ada kata mereka tidur di dorm.

"Sebenarnya itu hanya untuk sementara waktu kerana kepulangan yang ramai dari Singapura yang kita tak boleh rancangkan seperti pesawat dari luar negara, kalau flight kita ada senarai.

"Bila serentak balik jadi kita letak dekat tempat transit tapi mereka telah dipindahkan ke hotel. Johor ada 14 hotel yang dikenalpasti sebagai pusat kuarantin," ujarnya lagi.

Tambah Ismail, bagi pihak kerajaan Malaysia sendiri, beliau menasihatkan agar rakyat Malaysia untuk terus berada di Singapura buat masa ini.

Ini kerana katanya kerajaan negara berkenaan sudah memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia akan terus dibenarkan bekerja.

"Kita sedang berbincang dengan Singapura supaya rakyat kita terus dibenarkan tinggal di sana dan mereka menanggung tempat tinggal, elaun harian, makan minum dan sebagainya," ujarnya lagi.

Johor, Malaysia, kerajaan

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain