Jangan sebar khabar angin, tiada keputusan rasmi ibadah haji setakat ini - Dr Zulkifli

BELUM ada sebarang kenyataan rasmi  dikeluarkan oleh pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkenaan penangguhan ibadah haji bagi tahun ini.

Sehubungan itu, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengingatkan seluruh umat Islam negara ini supaya tidak menyebarkan sebarang khabar angin berkaitan ibadah haji tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Umat Islam diminta tangguh persiapan haji dan umrah - Arab Saudi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, perkembangan terkini itu berdasarkan penjelasan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien bin Saeed Qattan dalam pertemuan pada Selasa.

Kata Zulkifli, penjelasan lanjut berkaitan ibadah haji perlu susulan penularan wabak Covid-19 di seluru dunia.

"Saya menyeru kepada seluruh umat Islam untuk tidak menyebarkan sebarang khabar angin berkenaan perkara ini.

"Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini dan memelihara dua Kota Suci umat Islam dari sebarang perkara yang tidak diingini.

"Semoga dengan doa dan munajat kita, pelaksanaan ibadah haji pada tahun ini dapat direalisasikan dengan izin-Nya. Amin," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, Rabu.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah, Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syeikh Abdurrahman Ibrahim Al-Rubai'an; Pengurus Besar Kanan Haji, Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Ruslan Said.

Katanya, wabak Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan kepada Arab Saudi yang menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

Malahan, katanya, bulan lalu Arab Saudi juga menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan Covid-19.




Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain