suria

Lelaki pulang dari Iran dijangkiti Covid-19, terkini Malaysia catat 117 kes

Malaysia catat 18 kes baharu setakat Isnin. foto:EPA.

WABAK Covid-19 di Malaysia mencatatkan peningkatan 18 kes baharu pada Isnin.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 seramai 117 orang setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Enam lagi individu disahkan positif, merupakan kontak rapat kes ke-26

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, salah satu kes terbaharu melibatkan seorang lelaki yang baru sahaja pulang dari Iran.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan satu kes (kes ke-101) dikesan dalam kalangan Patient Under Investigation (PUI) telah dilaporkan melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

"Kes bersama rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 hingga 27 Februari 2020.

"Kes ini telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan telah disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac," ujarnya.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 117 kes, sebanyak 19 kes dikesan dalam kalangan PUI.

Terdahulu pada Ahad, KKM mengumumkan peningkatan enam kes baharu, menjadikan 99 kes keseluruhan di negara ini.

Artikel Lain