suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM

Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuatkuasa pada Isnin.

DATUK Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa pada Isnin.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menyatakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Azam selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Azam merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebelum ini.

Pejabat Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa Seri Paduka telah memperkenan permohonan Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan perkhidmatan kontrak beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya  SPRM berkuat kuasa Isnin.

Ia selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Latheefa Beebi Koya atas perkhidmatan beliau kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM," menurut kenyataan itu..

Pada 6 Mac, Latheefa mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Latheefa dalam satu kenyataan berkata surat itu dihantar pada 2 Mac lepas dan ia adalah keputusan beliau sendiri. - BERNAMA

Azam Baki, SPRM, Ketua Pesuruhjaya

Artikel Lain