suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maszlee nafi laporan portal, peletakan jawatan Menteri Pendidikan bukan sebab Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman – “Ini adalah fitnah”

Maszlee berkata beliau tidak pernah ada sebarang perancangan mengenai KSCIP ketika menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) selama 20 bulan.

DR Maszlee Malik menafikan laporan portal berita yang mendakwa rancangan membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Putrajaya sebagai punca beliau dinasihatkan meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Sambil menyifatkan laporan portal berita itu sebagai fitnah, Maszlee berkata, beliau tidak pernah ada sebarang perancangan mengenai KSCIP ketika menerajui Kementerian Pendidikan (KPM) selama 20 bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saya dengan hati yang reda walaupun berat...” - Sah! Maszlee letak jawatan Menteri Pendidikan

ARTIKEL BERKAITAN: Saya tak kata semua yang dia buat salah” - Tun M

“Ini adalah fitnah. Tidak pernah ada pun perancangan mengenai King Salman Centre for International Peace (KSCIP) semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dahulu.

“Malah, apa kaitannya dengan KPM?” katanya menerusi Facebook beliau pada Selasa.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut meminta masyarakat agar menyemak kesahihan dakwaan itu dengan warga KPM.

“Saya sudah tiada jawatan apa-apa. Saya bukan lagi menteri. Saya hanya rakyat biasa,” katanya. - SINAR HARIAN

Artikel Lain