Imam didakwa tumbuk, cekik dan pijak isteri

Seorang imam yang juga bapa kepada dua anak didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya yang berusia 29 tahun. -Gambar hiasan

SEORANG imam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas pertuduhan mencederakan isterinya dengan cara menumbuk muka, mencekik dan memijak badan mangsa pada Mei tahun lepas.

Muhammad Zaki Kamal, 30, yang merupakan bapa kepada dua anak membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. 

Lelaki itu didakwa sengaja mendatangkan cedera terhadap isterinya yang berusia 29 tahun dan tidak bekerja itu, di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Taman Paya Dalam, pada 7.45 malam, 9 Mei 2019. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman mencadangkan tertuduh dikenakan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar jaminan itu dikurangkan atas alasan dia merupakan penjawat awam di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta perlu menanggung anak-anak yang masih kecil.

Majistret Mohamad Izwan membenarkan Muhammad Zaki diikat jamin RM1,500 dengan syarat tambahan, hanya isterinya sahaja dibenarkan menjadi penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Februari depan untuk sebutan semula kes.-Bernama

imam, dera, isteri, mahkamah

Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain