suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tak kata semua yang dia buat salah” - Tun M

Dr Mahathir (kanan) akan menentukan siapa pengganti Dr Maszlee Malik (kiri).

PELANTIKAN Menteri Pendidikan baharu akan ditentukan oleh Perdana Menteri, ujar Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia adalah prerogatif saya (Perdana Menteri).

"Saya akan tentukan siapa pengganti Dr Maszlee Malik," ujarnya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet khas berkaitan anti rasuah pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering ingkar arahan Kabinet punca Maszlee diarah letak jawatan

Tambahnya, ada beberapa sebab kenapa dia merasakan Maszlee patut melepaskan jawatannya.

"Saya tak kata semua yang dia buat semua salah. Ada perkara yang dia buat dengan betul.

"Tapi disebabkan beberapa sebab lain, saya rasa patut untuk dia letak jawatan dan dia bersetuju," katanya.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak memperincikan sebab-sebab tersebut.

Maszlee mengumumkan pengundurannya pada 2 Januari lalu. - The Star.

Artikel Lain