suria

AirAsia tawar tambang sehala serendah RM149 di enam laluan Sabah, Sarawak sempena Tahun Baru Cina

AirAsia menawarkan tambang sehala serendah RM149 dan RM169 bagi penerbangan lewat malam melibatkan enam laluan di Sabah dan Sarawak dari 21 hingga 31 Januari sempena Tahun Baru Cina.

SEMPENA perayaan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi, syarikat tambang murah AirAsia menawarkan tambang sehala serendah RM149 dan RM169 bagi penerbangan lewat malam melibatkan enam laluan di Sabah dan Sarawak dari 21 hingga 31 Januari.

Tambang serendah RM149 merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu dan Miri serta dari Johor Bahru ke Sibu.

Sementara itu kadar istimewa RM169 pula melibatkan laluan dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Tawau.

ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia tawar tambang tetap, penerbangan lewat malam sempena Aidilfitri, Pesta Menuai

ARTIKEL BERKAITAN: AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-11 berturut-turut

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata AirAsia juga menambah penerbangan ke 20 laluan popular di Malaysia dan ke Singapura seperti Kuala Lumpur ke Langkawi, Pulau Pinang, Sibu, Tawau dan Singapura, dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang membabitkan 65,826 tempat duduk.

Tambahan penerbangan istimewa lewat malam pada kadar tambang tetap rendah akan membabitkan 12,960 tempat duduk ke bandar-bandar terpilih di Sabah dan Sarawak, katanya pada majlis pengumuman penerbangan lewat malam istimewa sempena Tahun Baru Cina di Sepang pada Selasa.

Menteri Pengangkuran Anthony Loke Siew Fook yang hadir pada majlis itu berkata  kementerian menyambut baik langkah AirAsia menurunkan tambang dan menambah penerbangan ketika musim perayaan, terutamanya ke Sabah dan Sarawak.

Loke berkata beliau sering menerima maklum balas masyarakat yang tinggal di Kuala Lumpur, khususnya pelajar yang tidak dapat pulang ke Sabah dan Sarawak ketika musim perayaan disebabkan harga tiket yang mahal serta kekurangan penerbangan.

“Mereka ini tidak seperti penduduk Semenanjung yang mempunyai banyak alternatif lain untuk pulang ke kampung masing-masing.

“Jadi, penetapan harga rendah dan penambahan penerbangan ini sangat membantu rakyat, terutamanya kepada mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak,” katanya. - BERNAMA

AirAsia, Tahun Baru Cina, Sabah, Sarawak

Artikel Lain