AirAsia tawar tambang tetap, penerbangan lewat malam sempena Aidilfitri, Pesta Menuai

AIRASIA mengumumkan penambahan penerbangan lewat malam dan tambang rendah tetap sempena Pesta Menuai (Kaamatan dan Gawai) dan Aidilfitri, dengan tambang bermula RM99 sehala dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru.

Tambang penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak pula bermula RM149, manakala ke Sabah mulai RM199.

Dalam kenyataan pada Selasa, AirAsia berkata tambang rendah tetap itu tersedia untuk perjalanan antara 31 Mei dan 17 Jun, 2019 selain akan menawarkan tambang rendah bagi laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak untuk perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei, 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata lebih daripada 115,000 tempat duduk tambahan disediakan sepanjang tempoh perayaan berkenaan dan AirAsia berterima kasih kepada kerajaan atas sokongan mendapatkan kelulusan penerbangan ini.

Pelanggan yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh itu dinasihatkan tiba lebih awal ke lapangan terbang kerana kesesakan dijangka berlaku di pemeriksaan keselamatan dan kaunter daftar masuk, menurut AirAsia.

Semua pelanggan juga dinasihatkan mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk mereka sendiri.

Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh didapati dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia.

AirAsia berkata bagi pelanggan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor Bahru, mereka digalakkan menggunakan perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES)untuk perjalanan lebih lancar.

Pendaftaran FACESboleh didapati secara percuma menerusi aplikasi mudah alih AirAsia. - BERNAMA

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain