suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M sindir saya - KJ

Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menolak pujian Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau merupakan calon terbaik untuk jawatan presiden parti, dengan menyifatkannya sebagai satu sindiran.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya rasa Khairy calon terbaik..." - Tun M

"Tun Mahathir, dia selalu sarkastik, jadi saya fikir mungkin dia perli saya," kata Khairy ketika ditemui di ibu pejabat Umno di sini, Isnin.

"Saya anggap Tun (Mahathir) hanya (beri kenyataan) sarkastik," tambahnya.

Pada Ahad, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat Khairy adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.

Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu membayangkan, Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan Umno kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

“Saya rasa Khairy calon terbaik... (jawatan) Presiden Umno ialah Khairy Jamaluddin,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Harapan Kedah di Seri Mentaloon di Alor Setar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain