suria

Ingatkan babi hutan tapi...

Gambar hiasan.

KAJANG: Seorang lelaki maut dipercayai terkena tembakan senapang patah dilepaskan rakannya ketika mereka sedang memburu di kawasan Hutan Kampung Sungai Pening-Pening, Semenyih, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa berusia 40 tahun bersama suspek berusia 44 tahun itu telah masuk ke hutan pada pukul 12.01 pagi.

“Suspek dan mangsa kemudianya telah berpecah, suspek dipercayai telah tertembak mangsa pada kira-kira pukul 6 pagi kerana menyangkakan mangsa adalah babi hutan memandangkan keadaan kawasan kejadian gelap,” katanya.

Menurutnya, siasatan pihak Polis Forensik dari Maktab Cheras mendapati lapan kesan tembakan di perut sebelah kiri mangsa dan sembilan kesan tembakan di lengan tangan kiri mangsa.

“Kita merampas dua laras senapang patah buatan sendiri bersama tujuh butir peluru hidup,” katanya.

Beliau berkata, semakan rekod ke atas suspek mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau.

“Suspek direman selama tujuh hari sehingga 9 Jun ini, bagi membantu siasatan. Hasil bedah siasat Pakar Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan luka tembakan di abdomen,” katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian

babi hutan

Artikel Sebelum

Tun M sindir saya - KJ

Artikel Berikut

Artikel Lain