Mat Sabu tak suka main golf tapi suka jala ikan - Semasa | mStar

Mat Sabu tak suka main golf tapi suka jala ikan

KUALA LUMPUR: Lazimnya sukan golf sinonim dengan hobi menteri, namun tidak bagi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu apabila beliau memilih hobi yang lebih sederhana.

Ketika di wawancara bersama media di Wisma Pertahanan hari ini, Mohamad berkata, beliau tidak menyukai sukan berkenaan kerana tidak kena dengan jiwanya.

“Saya tak main golf tapi saya suka menjala ikan, dan akan memasak ikan yang saya jala.

“Sebahagian ikan yang diperoleh itu saya akan buat pekasam untuk beri kepada kawan-kawan,” katanya.

Namun jelasnya, hobinya itu agak sukar untuk beliau lakukan ketika ini kerana kekangan masa.

“Jika ada peluang saya akan teruskan,” katanya ringkas.

Sementara itu ketika ditanya, apa lagi kesukaannya, Mohamad berkata beliau juga suka memasak.

“Gambar yang tular saya memasak di media sosial itu cuma sedikit sahaja saya masak, cuma media yang terlebih melaporkan.

“Bagi saya antara kesukaan masakan saya ialah nasi daging ala saya dan kari kambing atau ikan,” katanya.

Dalam pada itu ketika ditanya bagaimana perjalanannya sebagai menteri ketika ini, katanya beliau kini sudah di tahap selesa.

“Sudah boleh!  kita kalau kawin pun tiga, empat hari sahaja kekok,” katanya.

Dalam pada itu katanya beliau ada cara tersendiri dalam menerajui kementerian pertahanan.

“Saya ada cara iaitu ‘style’ Mat Sabu,” katanya.-SinarHarian

Mat Sabu , golf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.