Nombor plat MALAYSIA boleh dibida 2 Julai - Semasa | mStar

Nombor plat MALAYSIA boleh dibida 2 Julai

Anthony Loke (kiri) menunjukkan nombor pendaftaran 'Malaysia' yang boleh dibida sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-61 ketika sidang media pada Isnin. fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) memperkenalkan siri nombor pendaftaran khas MALAYSIA sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran bidaan nombor pendaftaran itu melibatkan 10,000 siri tawaran bermula Malaysia 1 sehingga Malaysia 9999.

“Bidaan akan dibuka kepada awam mulai 2 hingga 16 Julai depan.

“Keputusan tawaran diumumkan pada 23 Ogos,” katanya.

Menurut beliau, bidaan nombor tersebut diuruskan sepenuhnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Jika sebelum ini ia diberikan kepada NGO, kini tidak lagi kerana JPJ akan menguruskan semua tawaran bidaan nombor pendaftaran istimewa,” katanya.

Selaras dengan ilham Wawasan 2020 yang diperkenalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi Perdana Menteri keempat, Anthony berkata, kementerian itu berhasrat untuk memberi nombor pendaftaran Malaysia 2020 kepada Perdana Menteri.

“Kita cadang untuk reserve nombor ini khas untuk Mahathir, namun terpulang kepadanya untuk menerima atau tidak,” katanya.

Anthony berkata, kementerian menjangkakan lebih RM20 juta hasil daripada bidaan nombor pendaftaran tersebut.

“Ini kerana siri nombor Malaysia adalah edisi terhad yang akan dibuka sekali sahaja,” katanya.

Menurutnya, hasil kutipan itu bidaan nombor pendaftaran itu akan dijadikan salah satu pendapatan negara.

“Kita harap ia dapat menambah hasil pendapatan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, siri nombor pendaftaran negeri seperti Selangor, Perak dan semua negeri akan turut diperluaskan pada September.

“Bagaimana pun, kerajaan perlu melihat sejauh mana siri Malaysia boleh mendatangkan hasil kepada kerajaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, menyentuh mengenai kemalangan maut yang meragut banyak nyawa dalam nahas jalan raya semalam, beliau mencadangkan penubuhan jawatankuasa khas bagi memantau 51 cadangan yang dikemukakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) pada 2013.

“Cadangan penubuhan jawatankuasa itu akan dibentangkan pada mesyuarat kabinet minggu hadapan,” katanya.

Menurutnya, kajian tidak perlu dilakukan kerana 51 cadangan tersebut mencukupi.

“Saya percaya 51 cadangan itu masih relevan, cuma kita perlukan satu jawatankuasa untuk memantau sejauh mana perlaksanaan cadangan itu,” katanya. - Sinar Online

MALAYSIA , MOT , nombor pendaftaran khas

Artikel Sebelum

Sultan Selangor jumpa Azmin esok

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain