suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkasa Jakim, bukan bubar

Gambar fail Mohd Azmi Abdul Hamid. Foto ROHAIZAT MD DARUS/The Star

SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) membantah sebarang usaha untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebaliknya mahu jabatan itu terus diperkasakan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sejak kewujudannya pada 1997, Jakim banyak membantu melaksanakan gerak kerja dan langkah bagi memajukan Islam di Malaysia, selain menyelaraskan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Jakim yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri sangat diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab merancang, melaksanakan, menilai dan memajukan pembangunan agama Islam dalam negara.

“Jakim diperlukan demi mencapai keseragaman dalam pentadbiran perundangan Islam, sekali gus mengembangkan penerapan Islam dalam aspek pembangunan negara,” katanya pada sidang media, Isnin.

Beliau menyambut baik keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu melihat semula peranan Jakim dengan mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam untuk membincangkan masa depan Jakim.

Mohd Azmi berkata, Jakim juga perlu menyemak fungsi dan prestasi bahagian-bahagiannya supaya tidak timbul sebarang pembaziran sumber, meningkatkan pengurusan dan penggunaan dana serta memastikan tiada ketirisan. - Bernama

Jakim, Mapim

Artikel Sebelum

Rais Yatim sertai PPBM

Artikel Berikut

Tun M sindir saya - KJ

Artikel Lain