“Cara Barat Atau Asia, Netizen Tak Perlu Teruk Fikir” - Semasa | mStar

“Cara Barat Atau Asia, Netizen Tak Perlu Teruk Fikir”

Ahmad Harris Fitri gemar berkongsi tentang keletah anaknya, Sara Milan menerusi akaun Instagram. - Facebook Harris Fitri

PETALING JAYA: Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara dan pandangan tersendiri dalam mendidik anak-anak yang mungkin tidak boleh diterima oleh orang lain.

Situasi itulah yang perlu dihadapi oleh Ahmad Harris Fitri apabila dia memuat naik video cara mendidik anak perempuannya 'versi barat' dan 'versi Asia' di laman sosial sekali gus mengundang netizen melontarkan komen masing-masing.

Video tersebut membuat perbandingan pendekatan yang digunakan 'ibu bapa Barat' dan 'ibu bapa Asia' ketika melarang seorang anak, yang mana Ahmad Harris Fitri menggunakan anaknya, Sara Milan yang berusia hampir dua tahun sebagai 'eksperimen'.

Walaupun sekadar berkongsi pandangan, ejen insurans itu tidak menyangka posting yang dimuat naik pada malam Isnin itu akan tular dan setakat ini menerima 38,061 perkongsian dan lebih 9,100 tanda suka (like).

"Cuba juga jadi mak ayah Barat, tapi nampak gayanya gaya Asia lebih efektif," tulisnya, membuat kesimpulan tentang cara mana yang lebih berkesan untuk si kecil itu.

Dalam video versi ibu bapa Barat, Ahmad Harris Fitri dilihat cuba berlembut dengan Sara Milan dan menerangkan akibat yang mungkin akan berlaku jika si kecil itu terus bermain hujan, manakala dalam versi ibu bapa Asia, dia dilihat lebih tegas dan meninggikan suara terhadap anaknya.

Jelas sekali cara Asia nampaknya lebih berkesan untuk menghalang Sara Milan daripada terus bermain hujan, tetapi 'muncul' pula komen-komen yang tidak bersetuju untuk ibu bapa bersikap garang dengan anak-anak.

Komen netizen.

"Apa yang aku nampak pulak bila anak kita dididik dengan garang dia akan jadi lebih buas.

"Mungkin dengan kita dia jadi takut, tapi bila kita takde dia jadi lagi ganas, tak takut bila kena marah dengan orang lain. Senang cerita dia ikut kerana takut," tulis seorang netizen.

Namun, Ahmad Harris Fitri, dia mempunyai alasan sendiri memandangkan video tersebut hanya dilakukan sekadar suka-suka dan tidak perlu diambil serius oleh netizen.

"Tak semestinya anak jadi buas dan ia bergantung dengan cara kita menyatakannya kepada anak, bukan tentang apa yang dikatakan.

"Ada anak yang bila dididik dengan tegas akan jadi penyayang dengan ibu bapa dan ada juga yang menjadi pendendam," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Jelasnya, peranan ibu bapa harus dimainkan dengan sebaiknya agar anak-anak mengikut didikan dan bukan sebaliknya.

Menurut Ahmad Harris Fitri, perbandingan yang dilakukan antara ibu bapa barat dan ibu bapa Asia tidak harus dikaitkan dengan agama.

"Apa yang saya tunjukkan itu adalah perbandingan dua budaya dan tidak spesifik kepada agama. Apa yang ditekankan adalah pada budaya.

"Saya memang akan bertegas dalam sesetengah perkara dan isteri pula akan memanjakan anak. Anggaplah ini semua fasa dalam mengajar mereka," kata bapa kepada seorang puteri itu.

Tambah lelaki yang berasal dari Subang Jaya itu, netizen tidak harus teruk berfikir (overthink) atau terlalu menganalisis sesebuah video yang ditonton mereka di laman sosial.

didik anak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain