suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tahan Lelaki Menyamar Ejen Tipu Pemain Bola Sepak

KUANTAN: Polis pada Selasa menahan seorang lelaki yang mendakwa dirinya ejen bola sepak dengan menipu seorang pemain bola sepak melibatkan kerugian berjumlah RM3,000, minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supritendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata suspek yang berusia 41 tahun ditahan di hadapan rumahnya di Taman Bukit Mentakab, Temerloh dekat sini.

"Suspek didakwa memperdayakan seorang pemain bola sepak warga asing yang kononnya beliau boleh menguruskan mangsa untuk bermain di Sarawak.

"Mangsa didakwa menyerahkan wang RM3,000 kepada suspek di hadapan Maybank di Mentakab bagi tujuan itu, namun tidak menerima sebarang perkembangan menyebabkan mangsa berasa dirinya ditipu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Mohd Wazir berkata siasatan juga mendapati tiada tawaran dilakukan Persatuan Bola Sepak Sarawak kepada mangsa.  

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Temerloh untuk memohon perintah tahanan reman pada Rabu.  

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan, dan boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan, katanya. - Bernama

ejen bola sepak

Artikel Lain