Gaya Sempoi Bergambar Dengan Sultan Perak - Semasa | mStar

Gaya Sempoi Bergambar Dengan Sultan Perak

PETALING JAYA: Gaya selamba seorang model cilik yang cuba mendekati Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim untuk bergambar mendapat perhatian netizen.

Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang model kanak-kanak perempuan dilihat berjaya merakamkan foto kenangan bersama pasangan diraja itu tanpa rasa gugup dan tanpa bantuan orang dewasa.

Si cilik berkenaan, dipercayai seorang model kanak-kanak antarabangsa dari Singapura menerima pujian atas keberaniannya, dengan sopan memohon perkenan daripada Sultan Nazrin sendiri untuk bergambar bersama.

Video berdurasi 51 saat itu bermula dengan kanak-kanak tersebut menunggu Sultan Nazrin dan isteri lalu di permaidani kuning, difahamkan di sebuah hotel di Ipoh.

Sebaik sahaja melihat baginda muncul, kanak-kanak tersebut spontan melambaikan tangan kepada kedua-dua mereka sebelum membisikkan sesuatu kepada Sultan Nazrin.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara tersenyum melihat telatah kanak-kanak itu sebelum gambar mereka bertiga dirakamkan.

Video ini menjadi lebih menarik apabila si kecil ini tanpa tidak lupa mempraktikkan ‘pose’ modelnya yang mungkin telah dipelajarinya sebelum ini walaupun ketika berdepan dengan pasangan diraja.

Selepas bergambar, si cilik ini sempat mengucapkan terima kasih, tunduk hormat dan melambai kepada Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kerana berkenan untuk bergambar dengannya.

Rata-rata netizen memuji sikap rendah diri pasangan diraja itu yang sudi mendekati rakyat, termasuklah melayan si comel ini bergambar.

Artikel Sebelum

Tiada Arahan Letak Jawatan - PAS

Artikel Berikut

Along Makin Ganas!

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp