suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Arahan Letak Jawatan - PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan tiada sebarang arahan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri kepada tiga anggotanya, malah segala keputusan sama ada mengekalkan khidmat mereka bergantung penuh kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau telah bertemu dengan tiga exco berkenaan dan sehingga ini parti itu tidak dimaklumkan terdapat sebarang arahan supaya mereka meletak jawatan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Pelantikan exco dibuat oleh Sultan, atas nasihat Menteri  Besar, jadi kami hormati apa sahaja keputusan mereka.

"Mandat yang diberikan ini ialah sehingga PRU-14 dan kami akan meneruskan mandat tersebut sehingga pilihan raya akan datang," katanya pada sidang media di sini Isnin.

Turut  hadir, Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata PAS akan mengadakan mesyuarat bersama anggotanya pada Khamis ini bagi membincangkan isu pentadbiran parti, persiapan pilihan raya dan isu-isu lain.

"Sekiranya ada permintaan untuk berbincang isu berkaitan kedudukan tiga exco ini, kita akan bincang. Buat masa ini masih tiada permintaan dibuat," katanya.-Bernama

PAS, Exco

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain