Along Makin Ganas! - Semasa | mStar

Along Makin Ganas!

TAIPING: Pelbagai cara digunakan oleh along untuk menagih hutang daripada mangsanya dengan taktik terbaharu menggunakan bahan letupan dengan niat mencederakan bagi menakutkan mereka.

Di Taman Pengkalan Setia, Simpang di sini Ahad malam, seorang pekerja kilang cedera di kedua-dua kakinya akibat terkena letupan dipercayai dipasang oleh anggota sindiket along di bahagian pintu pemandu kereta.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata kejadian berlaku pada pukul 10.10 malam ketika mangsa berumur 50 tahun sedang memasuki keretanya untuk pulang ke rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang selepas melawat anaknya di sini.

“Suspek dipercayai memasang bahan letupan yang diikat dengan tali di pintu kereta jenis Toyota Corolla  dan ia meletup sebaik tali ditarik apabila pintu dibuka oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Harrith Kam berkata siasatan polis di tempat kejadian menemui beberapa besi, bateri, wayar  dan tali yang dipercayai komponen bahan letupan buatan  sendiri untuk tujuan mendatangkan  kecederaan.

Beliau berkata mangsa tidak mengalami kecederaan parah, namun masih dirawat di Hospital Taiping dan hasil imbasan mendapati terdapat serpihan seperti skru berada dalam kedua-kedua kakinya.

Menurutnya, berdasarkan siasatan mangsa pernah tinggal di Taiping sekitar 2014 sebelum berpindah ke Bukit Mertajam dan mangsa datang ke sini untuk melawat anak lelakinya berumur 17 tahun yang masih belajar di sebuah sekolah di sini, Sabtu lalu.

Katanya, mangsa sebelum ini mempunyai kilang kejuruteraan sendiri, namun ia mengalami masalah pada 2013 sehingga menyebabkannya membuat pinjaman daripada along untuk melunaskan hutang yang telah mencecah RM300,000.

"Oleh sebab tidak berupaya membayar hutang, mangsa dan keluarga  berpindah ke Taiping dan kini berpindah semula ke Bukit Mertajam dan akan datang ke Taiping pada hujung minggu untuk melawat anaknya.

"Mangsa percaya punca kejadian adalah perbuatan along yang masih menagih hutang yang belum dijelaskan serta mengesyaki konco-konco along mengekorinya sehingga ke Taiping dan perbuatan memasang bahan letupan adalah untuk menakutkan mangsa supaya menjelaskan hutang," katanya.

Sehubungan itu, Harrith Kam menyeru saksi yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.-Bernama

Along , letupan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain