JPJ Guna Teknologi Banteras Rasuah, Salah Guna Kuasa - Semasa | mStar

JPJ Guna Teknologi Banteras Rasuah, Salah Guna Kuasa

GAMBAR FAIL

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam sistem penyampaian sebagai usaha mencegah gejala rasuah dan penyelewengan dalam agensi penguatkuasaan itu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata penggunaan teknologi dalam pembaharuan lesen, pembayaran cukai, denda dan kompaun melalui sistem dalam talian serta kiosk mengurangkan penglibatan antara JPJ dan pengguna, sekali gus mengurangkan risiko berlakunya salah guna kuasa dan rasuah.

Bagi penguatkuasaan peraturan dan undang-undang jalan raya pula, JPJ menangani kesalahan pemandu melalui Sistem Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang mana kedua-duanya berkonsepkan rakaman kamera, katanya.

"Meskipun aduan sifar merupakan perkara mustahil dicapai mana-mana agensi awam, namun penambahbaikan berterusan perlu dilaksanakan dan dilestarikan, khususnya hal berkaitan penyampaian perkhidmatan," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara JPJ dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pelancaran ''No Gift Policy'' dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di sini pada Isnin.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Ab Aziz berkata, seramai 33 petugas JPJ telah diambil tindakan tatatertib tahun lepas atas pelbagai kesalahan, yang mana lapan daripadanya dibuang kerja dan tujuh lagi digantung kerja.

Bagi kes berkaitan integriti pula, 10 daripadanya berhadapan dengan siasatan oleh SPRM, katanya menurut laporan Bernama.

Perjanjian persefahaman tersebut merupakan kesinambungan daripada Pelan Integriti JPJ yang dilancarkan Februari lepas, melaluinya agensi itu akan bekerjasama lebih erat dengan SPRM bagi mencapai sifar rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

JPJ , Ab Aziz Kaprawi , Rasuah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain