KPDNKK Siasat Kekurangan Bekalan Minyak Peket Di Miri - Semasa | mStar

KPDNKK Siasat Kekurangan Bekalan Minyak Peket Di Miri

GAMBAR FAIL

MIRI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melakukan siasatan mengenai dakwaan kekurangan bekalan minyak peket bersubsidi yang berlaku di sini sejak minggu lepas.

Ketua KPDNKK cawangan Miri Joe Azmi Jamil berkata sepatutnya kuota bekalan minyak peket bersubsidi yang dijual dengan harga siling RM2.50 sepeket, cukup untuk kegunaan penduduk bandar raya ini.

"Saya akan arahkan pegawai menyiasat segera dakwaan kekurangan bekalan minyak peket ini," katanya kepada Bernama di sini pada Sabtuberikutan rungutan orang awam terutama peniaga untuk mendapatkan minyak masak peket.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kuota diperuntukkan kepada bandaraya Miri.

Dalam masa sama, Joe memberi amaran kepada peniaga supaya menjual minyak tersebut dengan harga siling RM2.50 sepeket memandangkan ia telah diberi subsidi oleh kerajaan.

"Minyak masak peket itu tak boleh dijual dengan harga RM3.60 atau RM4 sepeket dengan alasan menaikkan harga kerana kos pengangkutan," katanya.

Joe berkata, pemborong atau peruncit tidak ada alasan menaikkan harga minyak selagi ia dijual dalam bandaraya Miri kerana kos pengangkutan tidak tinggi berbanding dengan di luar bandar.

"Tidak lojgk alasan kalau peniaga dari Tudan atau Permyjaya yang masih dalam lokasi bandaraya Miri menyatakan kos pengangkutan tinggi. Kalau ada pengguna yang menjadi mangsa, sila lapor segera kepada KPDNKK. Harga jualan ialah RM2.50," katanya.

Sementara itu Faridah Ulis, seorang pengusaha restoran di sini berkata, kesukaran membeli minyak masak peket bermula sejak minggu lepas dan berlarutan sehingga sekarang.

"Semalam telah pergi enam buah pasar raya dan kedai runcit mencari peket minyak tapi gagal akhirnya kena beli minyak dalam botol," katanya.

Kesukaran mendapatkan minyak peket turut disuarakan dalam media sosial di sini dengan ada mendakwa minyak tersebut hanya dapat dibeli di sebelah pagi dan habis di sebelah petang selain ada mendakwa terpaksa membeli dengan harga antara RM3.60 dan RM4 sepeket dari kedai runcit di kampung.

KPDNKK

Artikel Sebelum

Suspek Bunuh Nenek Direman Seminggu

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL