suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pemancing Hilang Ditemukan Selamat

KOTA KINABALU: Tiga pemancing yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Sepanggar, Pulau Gaya dan Pulau Mengalum, dekat sini sejak Khamis (13 April) lepas ditemui selamat malam Jumaat.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata mangsa Mohd Wapie Said, 34, Amsiran Mijan, 55, dan Malik Awang, 40, dijumpai oleh sebuah bot pelancong sekitar perairan Pulau Tiga dan mereka dihantar ke rumah keluarga saudara-mara mereka di Pulau Gaya sebelum bertolak ke Kota Kinabalu pada hari yang sama.

"Sebelum itu, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dimaklumkan sekitar 2.38 petang 14 April oleh keluarga mangsa, mereka (mangsa) berada di sekitar Pulau Tiga sedang mendayung dan dalam keadaan keletihan serta kelaparan.

"Mangsa memaklumkan (keluarga mereka melalui panggilan telefon bimbit) berada di sebelah matahari terbenam lebih kurang 20 batu nautika barat Pulau Tiga dan ternampak sebuah kapal besar serta pesawat terbang rendah. Setelah itu, mangsa tidak dapat dihubungi sehingga 4.45 petang," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Susulan penemuan mangsa tersebut, Mohd Zubil berkata operasi mencari dan menyelamat tamat 1.15 pagi Sabtu selepas mendapat pengesahan penemuan mangsa oleh Balai Polis Pulau Gaya.

Tiga mangsa tersebut dilaporkan keluar memancing pada 7 pagi, Khamis lepas dengan menaiki sebuah bot gentian kaca berwarna putih berukuran kira-kira lima meter dan sepatutnya pulang pada 9 malam pada hari kejadian. - BERNAMA

Pemancing

Artikel Sebelum

Artikel Lain