suria

JDT Lancar Telefon Pintar OLA

Romain Gilbert Biesse (kiri) bersama Ketua Pembangunan Perniagaan EX Mobile Sdn Bhd, Yap Choong Leng pada majlis pelancaran telefon pintar JDT FC OLA di Johor Bahru, Sabtu. Foto ZAZALI MUSA

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan telefon pintar pertamanya, sekali gus menyaksikan kelab bola sepak menembusi industri telefon mudah alih.

Pengarah Pemasaran Southern Tigers Sdn Bhd, Romain Gilbert Biesse berkata, pelancaran itu juga sempena pengiktirafan kepada 1.5 juta penyokong yang terlibat dalam platform digital menerusi peranti mudah alih.

"Ia memberikan cara yang tidak pernah dibuat sebelum ini kepada penyokong kami untuk berhubung dengan kelab," katanya kepada pemberita pada majilis pelancaran telefon pintar JDT FC OLA pada Sabtu.

Telefon pintar ini boleh didapati dalam dua warna, yang dijual di rangkaian EX Mobile terpilih di seluruh negara.

Malah, ia juga akan dijual pada setiap perlawanan tuan rumah di Stadium Larkin.

Bemula awal Mei depan, pelanggan juga boleh membuat tempahan bagi mendapatkan telefon pintar ini menerusi kedai dalam talian Johor Southern Tiger.

Telefon ini mempunyai dua esisi - JDT FC OLA Black Matte dan White Rose Gold, masing-masing berharga RM599.

Ia dilengkapi dengan paparan IPS HD lima inci, kapasiti 16GB yang boleh ditingkatkan, serta kamera belakang 8.0 MP dan kameran depan 5.0 MP.

Selain itu, telefon yang menggunakan Android Marshmallow 6.0 ini juga mempunyai sensor cap jari. 

JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain