suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek Bunuh Nenek Direman Seminggu

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu memerintahkan seorang wanita berusia 30 tahun yang juga suspek kes bunuh wanita warga emas semalam, ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu.

Majistret Rabiatul Adawiyah membenarkan wanita itu ditahan sehingga 21 April bagi membantu siasatan.

Pada Jumaat, seorang wanita warga emas, Rokiah Ab Rahman, 84, dari Kampung Belukar Jambu, dekat sini, ditemui mati dalam keadaan memakai telekung dipercayai disamun oleh suspek.

Suspek yang berasal dari Selangor merupakan jiran dan juga rakan sekerja anak perempuan mangsa.

Wanita itu berjaya ditangkap penduduk kampung selepas cuba memukul anak perempuan mangsa dengan kuali pemanggang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Bunuh Nenek

Artikel Sebelum

Artikel Lain