suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan Rafiq Keluar Umno Tidak Jejaskan Parti - KJ

Khairy Jamaluddin.

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Exco Pemuda Umno Mohd Rafiq Naizamohideen yang keluar daripada Umno baru-baru ini tidak memberi kesan yang besar kepada parti.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan masih ramai lagi anggota-anggota akar umbi di seluruh negara yang tetap setia kepada dasar perjuangan parti itu.

Malah beliau berkata Mohd Rafiq sebelum ini telah digantung keanggotaannya selama enam tahun kerana didapati terlibat dalam usaha menjatuhkan pimpinan parti.

"Beliau (Mohd Rafiq) terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Presiden parti...kita hantar laporan kepada lembaga disiplin yang bebas dan mereka telah membuat keputusan jadi kita perlu terima," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mohd Rafiq yang mengumumkan keluar parti bersama 28 bekas pemimpin cawangan Umno lain baru-baru ini.

Khairy berkata Umno merupakan parti politik yang mengamalkan demokrasi dan tindakan keluar dan masuk parti adalah proses biasa dalam sesebuah parti. - BERNAMA

Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain